Ahad, Disember 06, 2009

::sepintas lalu::

bismillah...

Usai isya'(isya' kat sini awal satu jam dari semenanjung..jam 7.14 dan azan..tapi dengar azan kat laptop sahaja..)..ana online, baca blog, tengok beritaharianonline dan harakahdaily. Pelbagai isu dan pendedahan tentang pelbagai perkara di kedua-dua laman ini. Di satu laman mendedahkan menteri diberi anugerah, tentang sistem negara yang perlu diubah, sistem negara yang tidak perlu diubah, dan banyak lagi. Manakala di satu laman lagi mengetengahkan perihal kebejatan sosial, penyelewangan kuasa, penafian terhadap isu, dan banyak lagi. Dan peranan kita sebagai pembaca sesuatu isu perlu adil dan melihat isu tersebut dari skop orang yang dekat dengan ilmu. Tidak perlu terlalu emosi untuk menjatuhkan hukuman, kerana apa yang penting kebenaran itu tetap akan berpihak kepada mereka yang benar.

Dalam banyak-banyak artikel selain artikel tentang BTN, Monsun Cup, Artis-artis, ana tertarik dengan artikel ni.:

"oleh: Zukri Aksah

CERITA MENTERI DAN ARTIS

"Seorang sahabat saya yang merupakan penggiat Umno di sini menghantar satu sms kepada saya beberapa hari yang lalu, “Bang, dalam surat khabar Keadilan ada menteri kanan beli kereta RM1.5 juta bagi pada artis. Menteri dan artis mana bang?” Saya cuma jawab tidak tahu dan perlu bertanya dahulu dengan rakan-rakan dalam PKR, setahu saya dahulu ada isu Hishamuddin Tun Hussein memiliki Hummer yang berharga RM1 juta. Sahabat saya ini membalas jawapan saya, “Hummer tak pa. Ini beli kereta mewah bagi artis, artis lelaki pula tu. Kena masuk court ni, bawa dengan kereta-kereta sekali, hehehe!”

Bukan saya mahu membongkar isu menteri-artis ini, tetapi minat saya lebih kepada penelitian saya terhadap kecenderungan masyarakat terbanyak seperti sahabat saya ini bila berbicara soal politik atau soal artis. Ini juga adalah lanjutan pengalaman saya sewaktu aktif berblog dahulu. Seingat saya ketika itu, tulisan yang paling menghasilkan banyak komen ialah tentang kematian Noritta Shamsuddin yang penuh kontroversi itu.

Nyata, sama ada pengikut politik, atau pengikut dunia hiburan tanahair, mereka mempunyai citarasa yang serupa. Mereka sukakan sensasi, mereka sukakan cerita-cerita panas, yang meletup-letup!

Sewaktu saya masih aktif dalam PKR dahulu, saya mempunyai dua orang sahabat peneman minum petang yang agak unik, seorang usahawan merangkap aktivis Umno yang mengghantar sms kepada saya itu, seorang lagi pegawai polis yang bertugas di IPK Pahang. Sahabat saya ini selama kami berkawan tidak pernah pula menghantar sms bertanya apa 17 dasar PKR itu, atau selepas saya menyertai PAS bertanya apa pendirian PAS tentang hak keistimewaan Melayu?

Yang ditanya? Macam itulah, cerita skandal, cerita hubungan sulit dan seumpamanya.

Cerita artis begitu juga. Jarang saya mendengar orang heboh bercakap soal artis ini, artis itu sampai heboh satu kedai kopi kerana kehebatan lakonannya atau kemerduan nyanyiannya. Orang bercakap tentang Jamal Abdillah kerana isu dadahnya. Orang ramai bercakap pasal Umie Aida bila dia mengambil keputusan mahu berkahwin dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk dari utara, bukan hendak mendoakan kesejahteraan perkahwinan tersebut, sebaliknya lebih berminat meneliti dagu Umie, botox ke tu?

Saya secara peribadi bila mengingati Umie Aida, akan mengingati lakonannya yang begitu mengesankan dalam drama Surah Terakhir, atau dalam drama Salina adaptasi novel SN A. Samad Said.

Saya menulis ini kerana mahu sedikit menyedarkan bahawa mentaliti masyarakat kita sedang terperangkap dengan perkara-perkara yang tidak serius, picisan dan remeh-temeh. Jangan kata sahabat saya si aktivis Umno itu sahaja, kalangan penyokong Pakatan Rakyat pun begitu juga. Kalau dia tidak pernah mengambil tahu tentang dasar dan matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apakah kita mengambil tahu, membaca dan menghadzami konsep 1Malaysia tajaan Najib? Jangan pula tuduh saya cuba menjadi petualang di kalangan Pakatan Rakyat dengan mempromosi doktrin Najib, Ahmad Deedat, pendebat Islam terulung abad ini adalah hafiz Bible (sudah tentu beliau juga hafiz Quran).

Katanya sepuluh tahun akan datang negara kita bakal bertaraf negara maju, sekarang pun negara kita adalah negara membangun. Betullah kata orang mentaliti rakyat kita masih di tahap dunia ketiga. Di sini bila hadirnya pilihanraya, isu yang seringkali boleh menaik dan menjatuhkan seseorang calon adalah isu perempuan simpanan, isu isteri muda isteri tua, bukan tentang dasar dan prinsip yang dibawa bersama calon tersebut. Semuanya sensasi, sensasi dan sensasi, jadilah pentas ceramah sebagai tabloid murahan yang punya suara. Padahal di luar negara sana, orang menukar kerajaan dalam pilihanraya kerana perbandingan dasar cukai, dasar luar, kadang-kadang polisi kesihatan yang hendak diperkenal pun memberi kesan besar dalam pengundian.

Lalu saya baru terfikir, patut pun selama ini payah benar seruan perubahan mahu disambut oleh rakyat Malaysia. Perubahan bukan skandal, perubahan adalah idea, dan idea bukan rencah yang sedap untuk menghasilkan sebuah gosip.

Sama ada kita tidak sedar, atau kita pura-pura tidak sedar, atau kita sengaja mengabaikannya, selama ini kita berkhutbah tentang idea, gagasan, dasar dan perjuangan perubahan kepada kelompok masyarakat yang sedang ralit menelaah majalah Mangga!

Dalam cerita perubahan tiada kisah bela anak ikan mahupun bela perempuan. Yang ada cuma kisah bela akidah perjuangan, supaya tidak tersesat dek pengaruh wang dan kekuasaan. Soalnya, kita yang saban hari berteriak “perubahan… perubahan…” ini pula ada apa? Ada apa di ketika kisah “bela” yang satu ini pastinya tidak akan mendapat kelulusan untuk tersiar di Mangga, apalagilah untuk akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Makaysia dan Berita Harian, jauh panggang dari api.

Macam mana mahu menjadikan perubahan sepanas skandal? Yang kita ada cuma pemikiran…"

------

Disini ana bukan berniat untuk mengetengahkan hal politik atau sebagainya. Tetapi yang paling utama adalah berkaitan dengan sikap kita sendiri. Satu hakikat yang perlu kita terima, masyarakat kita sebenarnya begitu teruja dengan budaya gosip-gisop ni. Dari kanak-kanak tadika hinggalah kepada penuntut pusat pengajian sendiri, atau tidak keterlaluan kita kata peringkat insan yang sudah dikurniakan Phd sekalipun masih tidak lari dari budaya ini. Pada pemerhatian ana, perkara ini menjadi barah dalam hati disebabkan tidak kisah dengan nilai agama, kurang penghayatan. Kalau kita lihat berapa ramai orang yang berjaya di universiti? rata-rata orang Malaysia ni menjejakkan kaki ke university..

Bukanlah menjadi suatu kesalahan kita mengetahui hal-hal dunia hiburan, namun pengetahuan tersebut perlu dibatasi dengan nilai agama. Dan mana mungkin orang yang tidak beramal dengan nilai agama akan menjadikan dunia hiburan berjalan mengikut acuan agama. Kita juga maklum bahawa asas sesuatu perkara dalam Islam itu 'HARUS' dan yang menjadikannya HARAM adalah disebabkan oleh sesuatu yang bertentangan dengan agama. Oleh sebab itulah, asas kepada sesuatu pendidikan adalah 'ma'rifatullah' iaitu mengenal Allah. Hakikat ini memang terbukti dari zaman Rasulullah SAW lagi.

Oleh itu, berusahalah untuk menurunkan ilmu tentang Allah SWT kepada ummat manusia ini. Tugas memperkenalkan Allah SWT bukan sahaja dengan memperkenalkan nama Allah, tetapi kita juga perlu mewujudkan perasaan berTuhan kedalam diri insan. Hal sebegini tidak mungkin akan datang secara lahiriah sahaja, ia sebenarnya memerlukan pelbagai pengorbanan. Lihatlah Rasulullah SAW yang berdakwah dengan hati.. Baginda memelihara ketaqwaan diri. Hanya hati yang berhubung dengan Allah SWT secara ikhlas sahaja mampu menghubungkan orang lain dengan Allah SWT. Walaubagimanapun, hiduplah kita di dunia ini dengan rasa ber'Tuhan sebagaimana kita merasa hidup ber'Tuan. Cuma hakikat ber'Tuhan ini jauh lebih tinggi taatnya kepada Tuan..

hanya setitis ilmu dari,

musliha..

wallahua'lam

selamat beramal

Jumaat, Disember 04, 2009

::keberkatan::

bismillah...

alhamdulillah, masih lagi diberi masa dan ruang untuk menaip di laman ini..

Sambil tangan membelek majalah SOLUSI..ana terbaca tentang isu'keberkatan'..

Kadang-kadang kita sering lupa pada hal-hal berkat ni. Lebih-lebih lagi apabila nafsu buruk yang menguasai diri..(inilah dikatakan manusia)..

KEBERKATAN WAKTU

Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Bagi mukmin yang sejati, keberkatan hidup lebih mahal berbanding harta dan wang ringgit.

Keberkatan waktu dan rezeki hanya datang melalui kekuatan iman dan tunduk pada perintah serta larangan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi," (surah al-A'raf 7:96)

Lihatlah sahabat besarnya kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Hanya dengan memelihara keimanan dan ketakwaan diri Allah SWT memberikan keberkatan ke dalam hidup kita. Namun, iman dan takwa inilah yang sering kita lupa. Hati kita mudah terpengaruh..mudah sangat.. Allahuakbar..

Imam Abu Bakar bin 'Ayasy berkata:

"Andai kata seseorang kehilangan sekeping emas, ia akan menyesal dan memikirkannya sepanjang hari. Ia mengeluh,"innalillah wa inna ilaihi roji'un, emas saya hilang." Namun belum pernah kita dengar seseorang mengeluh: "Sehari telah berlalu, namun apa yang aku lakukan sepanjang tempoh itu?"

Hamba-hamba Allah ini selalu menyesal jika satu detik daripada waktunya berlalu tanpa manfaat. Seorang ahli hadis, Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi, sering kali dilihat membaca sambil berjalan, lantaran dia tidak ingin membuang waktunya. Imam Ibn Rusyd, ahli fiqah dan filsafat terkenal, juga diceritakan tidak pernah meninggalkan membaca buku dan mengajar sepanjang hidupnya kecuali dua malam sahaja; iaitu waktu dia menikah dan ketika bapanya meninggal dunia. (subhanallah, tokoh-tokoh ulama' dulu sangat menjaga waktu mereka..mereka memang mengharapkan keberkatan dan takut membuang masa..mrk akan pastikan waktu yang ada, digunakan sebaiknya..)

Keberkatan waktu dapat kita lihat dalam sejarah hidup tokoh-tokoh Islam dan para sahabat. Mereka berjaya melahirkan prestasi besar hanya dalam masa yang singkat sehingga sering kali sukar diterima logik "zaman hilang berkat" kita ini.

Zaid bin Tsabit misalnya, berjaya melaksanakan perintah Nabi Muhammad SAW menguasai bahasa yahudi (Suryaniah), percakapan dan tulisan, hanya selama 17 hari sahaja. Walhal pada waktu itu belum ada alat bantu audio visual moden seperti sekarang. Kalau tengok kita sekarang, memerlukan masa yang lama untuk belajar sesuatu bahasa..

Sebenarnya banyak punca yang boleh menghilangkan keberkatan pada waktu kita. Antara punca hilang keberkatan waktu ialah lemah iman. Lemah iman memang membawa kepada melakukan pelbagai maksiat dalam pekerjaan seperti terima rasuah, korupsi, menipu, kecurangan suami isteri, perbalahan, dan sebagainya. Padahal perlakuan ini hanya memberi keuntungan yang sementara sahaja. (sebab itulah, kita perlu mempunyai daya tahan diri dan sebagai Muslim perlu sentiasa muhasabah dan kembalikan hidup kepada Allah SWT..)

Syeikh Afdhaluddin pernah berkata, " khianat menghapuskan berkat" sebagaimana haram menghapuskan halal. Sesiapa berkhianat dalam satu dirham, iblis akan menyeretnya untuk berkhianat dalam seibu dirham."

Sabda Nabi SAW, "jika dua orang yang berjual-beli sama-sama jujur dan tidak menipu, mereka akan diberkati. Namun jika kedua-duanya menipu dan berdusta, dicabut keberkatan daripada jual beli mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam al-Ghazali berkata,"Orang yang hanya menghitung kelebihan dan kekurangan dengan timbangan lahiriah sahaja tidak mempercayai hadis ini. Namun orang yang meyakini bahawa satu dirham kadang-kadang diberkati sehingga menjadi sarana kebahagiaan dirinya di dunia dan akhirat; dan beribu-ribu dirham kadang-kadang dicabut keberkatan daripada dirinya sehingga menyebabkan kebinasaan diri, pasti percaya."

Selain itu, makanan yang haram dan syubhah juga akan menghalang manusia untuk menggunakan waktunya dengan berkesan. Makanan yang syubhah akan mengganggu sistem ibadah dan bekerja seseorang.

Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili berkata," Kami telah membuktikan bahawa tidak ada ubat yang paling mujarab untuk mengusir mengantuk, selain makan makanan halal dan menjauhi haram atau syubhah. Barangsiapa memakan makanan yang haram dan syubhah, banyak tidurnya." (sebenarnya, bukan saja makanan haram yang syubhah yang perlu kita elakkan..kita juga perlu menjaga segala perlakuan kita yang menjurus kearah haram dan syubhah..ini bertujuan untuk memelihara keimanan dan ketakwaan diri..)

SIKAP KITA

Jika kita telah menyedari bahawa keberkatan waktu telah hilang, maka sungguh rugi jika kita masih membuang waktu yang memang sedikit itu. Sebaliknya, kita perlu bertekad untuk menggunakan waktu yang ada untuk meningkatkan kualiti hidup di dunia dan mengumpul bekalan hidup di akhirat.

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata:

"Segala sesuatu yang ingin kau bawa ke akhirat, siapkanlah dari sekarang. Dan sesuatu yang tidak ingin kau bawa, tinggalkanlah dari sekarang."

Rasulullah SAW juga memberitakan bahawa keadaan ini akan bertambah buruk pada masa akan datang. Baginda bersabda sebagaimana diriwayatkan Bukhari daripada Anas bin Malik:

"Tidaklah datang kepadamu suatu zaman, melainkan zaman yang setelahnya lebih buruk daripada itu, hingga kamu berjumpa dengan Tuhanmu."

Baginda juga bersabda, :

"Cepatlah kamu beramal sebelum datang berbagai-bagai fitnah seperti kegelapan malam. Pada waktu itu, seorang beriman pada pagi hari dan kafir pada petang harinya. Ia beriman pada petang hari tetapi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya demi sedikit harta dunia." (Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim daripara Abu Hurairah). (na'uzubillahi min zaalik.. pada sahabat yang dikasihi kerana Allah, hitunglah amalan kita..sejauh mana kita amalkan Islam dalam kehidupan..sejauh mana daya tahan iman kita..sejauhmana kita mendekatkan diri pada Allah..dan sejauh mana kita menghubungkan diri dengan ciptaan-Nya...)

...hidup adalah sebuah perjalanan yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada semua umat manusia...

...selamat menempuh kehidupan dengan cahaya Islam...

ikhlas daripada,

muslihah..

sandakan..(new place ^_^)

Rabu, November 25, 2009

::buat teman-teman seperjuangan::

bismillah..

bertemu berpisah kerana Allah SWT....

hanya sekelip mata untuk mengenali ..

hampir bertahun untuk membina hubungan..

dan hanya sesaat diperlukan untuk perpisahan jasad ini..

..sesungguhnya jasad kita terpisah..tapi kenangan tetap di memori..

moga Allah SWT merahmati ukhuwah yang kita bina ini.. terima kasih semua untuk warna-warna hidup ini.. amin..












~salam ceria~

muslihah..

Selasa, November 24, 2009

rahmat Ilahi..

bismillah..

bersyukur kerana masih diberi nikmat merasai kehidupan di saat ini..

Awal perkenalan tidak membawa banyak kenangan pada kami.. tetapi hari demi hari mula mengikat hati kami dengannya. Tempoh perkenalan dan ukhuwah yang terbina hampir 5 tahun setengah ini dilalui dengan macam-macam peristiwa yang menjadi nostalgia dan kenangan buat kami. Namun,adat dalam ikatan..tak kan lepas dari ujian dan dugaan..ia adalah tapisan dari Allah SWT terhadap hamba-hambanya..

Dalam tempoh menghadapi ujian ini, masing-masing membawa haluan hati..mencari kebenaran dan ruang buat diri..

Akhirnya, ukhuwah ini mula sepi dari sentuhan tangan beliau..ya Allah, berilah kami jalan pulang pada kebenaran...

hari-hari dilalui dengan biasa.. bulan berganti bulan.. akhirnya sampailah ke saat ini.. Alhamdulillah, Allah SWT telah membuka hati kami untuk saling bermaafan dan membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan.. moga Allah SWT memberi rahmat pada kami semua...

syukran Ustaz..

------(semalam jam 9 mlm)------(23 november 2009)----(kafe)----

perjumpaan ni diaturkan oleh sahabat sekelas..muslimat je..(tq ye dayang...)

..

perjumpaan dimulakan dengan alu-aluan dayang merangkap pengerusi malam tu..

Tak banyak yang kami bualkan. Semuanya dimulakan dengan agenda ucapan pada ustaz.. setiap orang minta maaf.. lepas tu agenda diteruskan dengan kata-kata nasihat dan tazkirah dari Ustaz. (lame dah tak buat mcmni. Alhamdulillah, dapat juga kami dengar taujihat dari ustaz last-last minute ni..).

..

(ustaz baca sepotong ayat al-Quran dan hadis..)

"ana tak susun ayat untuk cakap kat antunna semua ni. "

"pertama sekali ana nak ucapkan tahniah sebab berjaya menamatkan pengajian 5 tahun setengah kat MPI ni.. dulu MPI.. dan tahniah juga sebab berjaya mendapat posting.."

"pada akhawat yang dapat sabah dan sarawak, kena lah hati-hati kat sana. jangan buat berani sangat."

"ana cuma nak ingatkan akh dan akhawat semua.. ni berdasarkan pengalaman ana. ana cakap ni untuk diri ana sendiri juga. Sebenarnya kita ni bila dibebani dengan masalah, baru kita dekat dengan Tuhan. Masalah ni ajar kita erti ketabahan. masa ade masalah ni lah baru kita kenal tikar sejadah.. dan pada yang mengajar pagi tu, sebolehnya jangan miss solat dhuha.."

"kita juga kena rapat dengan masyarakat..kena tegak amar ma'ruf nahi munkar.. dan kita ni jangan buat benda yang boleh jadi fatwa pada orang lain. buat benda baik xpelah. tapi kalau buat benda buruk, boleh jadi hujah pada orang lain nnti.."

"dan Nabi kata manusia ni lemah dalam empat perkara..manusia, duit, pangkat, dan harta..kena beringatlah.. sebenarnya hidup kita berpusing-pusing. mungkin benda yang buat ni akan kira rasa juga satu masa nnti..kena banyak muhasabah.."

"lagi satu, pasal busyra..atau berita gembira..kita kena bagitahu pada orang-orang tertentu.. minta orang tu doakan untuk kita.. sebaiknya bagitahu orang alim.. ana dulu masa anak dalam kandungan, ana minta ustaz Zul doakn..semua ni berkat.."

"kita juga kena ingat, ilmu medani ni lebih besar dari ilmu dalam kelas tu.. masa kat luar nanti barulah kita ingat nak belajar lagi.. masa dulu-dulu, tak ingat pun nak belajar betul-betul. nanti masa kat luar ni, barulah ada fikir dan banyak 'kalau..kalau..'.."

"ana juga nak ingatkan..kalau boleh kita korbankan diri pada orang terdekat dulu..al-Aqrabin..ibu-bapa, keluarga.. lepas tu bolehla nak bantu orang lain.."

"akhir sekali, anggaplah apa yang Allah beri tu yang terbaik buat kita...

sekian...






..moga langkahan kaki ini diiringi roh syahid di jalan-Mu..

..ajari aku untuk lebih dekat dengan-Mu...

..amin..

Khamis, November 12, 2009

::KESETIAAN & KASIH SAYANG::

..KUNCI KEBERKATAN REZEKI..

"Kesibukan menggali ilmu tidak sesekali melenyapkan semangat keusahawanan Mohd. Khairudin."

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan seorang tokoh perniagaan Muslim moden yang amat disegani. Siapa tidak kenal dengan figura ini yang dikenali sebagai seorang ahli perniagaan berjaya, ditambah dengan sisi beliau yang amat mencintai kerja-kerja kebajikan. Lantaran itu, kejayaan beliau dalam mengadun keharmonian antara perniagaan dan kebajikan, telah membuka mata ramai orang bahawa perniagaan yang berkat ialah perniagaan yang tidak mengetepikan tanggungjawab sosial.

Perkara yang sama cuba direalisasikan oleh Mohd. Khairudin Aman Razali at-Takiri, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Darul Fuqaha. Mantan pensyarah UKM ini amat aktif dalam aktiviti pembangunan modal insan di kalangan generasi muda. Buktinya beliau telah mendirikan beberapa buah pusat pendidikan bertempat di Bandar Baru Bangi.

Rangkaian institusi pendidikan Darul Fuqaha terdiri daripada Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Kolej Islam Fuqaha, Sek. Ren. Islam Pintar Tahfiz Fuqaha, Institut Pintar Tahfiz Fuqaha, dan Pusat Pengajian Islam Fuqaha.

Pada kelazimannya, salah satu cara sekolah-sekolah agama persendirian menjana pendapatan adalah dengan mengutip derma orang ramai. Tetapi Mohd. Khairudin cuba untuk menukar kebiasaan itu dengan membina empayar perniagaannya sendiri.

Dilahirkan pada tahun 1973 di Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, Mohd Khairudin aktif menjalani kehidupan sebagai seorang daie dan ahli perniagaan. Di antara jenis-jenis perniagaan yang diceburi ialah pengeluaran produk makanan kesihatan jenama D'Hatiku, penerbitan buku-buku agama, kedai buku dan khidmat fotostat, khidmat percetakan, kedai kek, katering, kedai pakaian kanak-kanak berjenama Ustazi, butik muslimah Nur Humaira, penternakan kambing (dengan kerjasama seorang rakan kongsi), dan paling terbaru ialah telefon genggam berkonsep islamik dan al-Quran digital.

Bercerita tentang bisnes terbarunya itu, syarikatnya dalam proses mempromosikan telefon genggam yang mengandungi perisian al-Quran dan perpustakaan Islam. Mereka akan bekerjasama dengan pengeluar dari China dan dijangka dipasarkan dalam waktu terdekat. Jelas penceramah radio dan televisyen ini lagi, di antara rangkaian perniagaan yang dimiliki, produk Jus D'Hatiku memberi pulangan yang paling lumayan iaitu melebihi RM400,000 biarpun kewujudannya belum mencecah setahun.

Perniagaan Khairudin beroperasi di dua lokasi berasingan iaitu Sg. Merab dan Bandar Baru Bangi. Di Sg. Merab, terdapat kedai buku, kedai percetakan, dan kedai kek. Manakala di Bandar Baru Bangi pula ditempatkan ibu pejabat D'Hatiku Marketing Sdn. bhd., butik pakaian kanak-kanak Ustazi dan butik pakaian Muslimah Nur Humaira.

TIDAK PERNAH MENGANGGUR

Berniaga bukanlah sesuatu yang asing pada dirinya, malahan sudah menjadi sebahagian dari dirinya. Sementelah semenjak kecil lagi, Mohd. Khairudin sudah terbiasa membantu ibunya berniaga kuih-muih demi menambah pendapatan keluarga. di samping itu, kawasan tempat dia sekeluarga bermastautin merupakan sebuah penempatan nelayan yang menawarkan pelbagai jenis pekerjaan.

Kerja-kerja seperti mengasing ikan bilis, memproses ikan kering, dan mengumpul besi buruk sudah puas dijalaninya. Semangat juang tegar ini jugalah yang telah membantu Mohd. khairudin memanjat satu demi satu tangga kejayaan dalam akademik sehinggalah beliau terbang ke Universiti of Jordan di Jordan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab hingga ke peringkat sarjana di bidang yang sama di Aal Bayt Universiti Jordan.

Kesibukan menggali ilmu tidak sesekali melenyapkan semangat keusahawanan Mohd. Khairudin. Di sana, beliau memulakan satu cabang perniagaan baru iaitu berniaga buku. " Saya seorang penggila buku sebenarnya dan sudah menjadi tabiat saya untuk membeli dua salinan buku yang sama; satu untuk dibaca dan satu lagi untuk dijual. kawan-kawan akan membeli buku tersebut setelah yakin dengan ulasan buku yang saya sampaikan. Rata-rata mereka mempercayai saya," menyentuh tentang kepercayaan, semenjak dari sekolah rendah lagi Mohd. khairudin telah diberi tanggungjawab seperti mengimamkan solat berjemaah dan menjadi tempat rujukan dalam hal-hal agama.

Sepanjang pengajian di Jordan, beliau melakukan pelbagai jenis perniagaan seperti mengambil upah membawa jemaah mengerjakan haji dan umrah. Apabila menjelang bulan Ramadhan pula, beliau berniaga pelbagai jenis makanan seperti rojak, minuman, dan kuih bakar kepada kawan-kawan. Tidak ketinggalan kepada kaum Muslimat yang sering memerlukan barangan seperti produk-produk kesihatan, jubah, stokin dan macam-macam lagi. Berikutan sikapnya yang rajin berniaga walaupun masih belajar beliau dapat menghantar sedikit wang ke kampung.

"Saya tidak pernah menganggur hingga hari ini," luah anak sulung kepada 16 beradik dari empat ibu ini. Mohd. Khairudin menyambung cerita, sebaik tamat pengajian sarjana, pulang sahaja ke Malaysia, dia berniaga air soya, popia goreng, keropok lekor, dan macam-macam di pasar. Sehingga teman yang mengenali menegur lagaknya yang bersederhana itu, tempat enta bukan di sini ya syiekh, tempat kamu di universiti.

"Saya hanya membalas dengan senyuman walaupun tidak bersetuju dengan kata-kata itu. Kerana 'malu' tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Dua bulan kemudian, saya mendapat tawarann mengajar di UIAM. Ketika saya mengajar di sana selama tiga tahun sebelum berhijrak ke UKM (tempat terakhir bertugas), sempat saya menyewa beberapa booth berjualan jubah, perhiasan berupa ayat-ayat al-Quran, dan buku-buku," jelasnya.

Apabila berkhidmat di UKM, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia penerbitan. Buku pertama yang diterbitkan ialah Adab-Adab Berdoa. Pulangan yang diperolehinya hampir RM 30,000 dalam masa sebulan.

"Dari situlah timbul idea untuk saya membuka sebuah maahad anak yatim pada tahun 2004. Maka untuk menguatkan lagi sokongan kepada pembinaan maahad itu, lahirlah pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan dengan sokongan ahli keluarga," ujarnya yang juga seorang pengamal perubatan Islam.

KELUARGA PUNCA KEBERKATAN REZEKI

Suatu keunikan kepada perniagaan Mohd. Khairudin ialah elemen kekeluargaan yang dipaparkan. Penulis diberitahu kebanyakan kakitangan yang membantu perniagaannya terdiri daripada kalangan ahli keluarga sendiri.

"Tanpa mereka, perniagaan saya mungkin tak berjaya seperti hari ini. Keakraban kami disebabkan "wala" atau kesetiaan adik-beradik kepada abang mereka (saya). Maksudnya di sini ialah kesetiaan dan kasih-sayang adalah kunci kepada kesatuan kami. Rezeki saya murahpun berpunca dari mereka. Tanpa mengira saudara sendiri atau tiri, kami tetap satu keluarga.

Kata orang, kerja dengan ahli keluarga ni payah. Tetapi sebenarnya tidak sukar kerana kami ada iman. Kami sekeluarga meletakkan agama di depan dan berkongsi nilai-nilai yang sama iaitu Islam. Seperti kata-kata Rasulullah SAW yang bermaksud, siapa yang nak dipanjangkan umur, dan dilapangkan rezeki, haruslah menyambung rahim Allah. Berselisih faham itu biasa, tetapi manalah ada manusia yang tidak bertelingkah," jelasnya.

PERKAMPUNGAN ILMU DARUL FUQAHA


Bercerita tentang institusi pendidikan Darul Fuqaha, Mohd. Khairudin berkata yang dia optimis akan dapat mengembangkan visinya itu. Nama Darul Fuqaha itu sendiri merupakan suatu jenama yang cuba dibinanya kerana matlamat pendidikan adalah pendorong utamanya dalam berniaga.

Sambungnya beliau lagi, dua matlamat penubuhan Darul Fuqaha adalah jalinan antara pendidikan dan kebajikan. Pertama, Darul Fuqaha sebagai pusat pendidikan untuk umat Islam yang menawarkan pendidikan percuma. Kedua, Darul Fuqaha sebagai badan berkhidmat untuk membela kebajikan umat. Mohd. Khairudin menjustifikasikan, peranan "pendidikan" adalah untuk mendidik manusia, manakala "kebajikan" adalah untuk membela golongan-golongan yang perlu dibantu seperti warga emas, ibu-ibu tunggal, anak-anak bermasalah.

Projek pertama dibawah Darul Fuqaha ialah Maahad Tahfiz anak yatim yang menggabungkan pendidikan dan kebajikan. Di mana anak-anak yatim akan dibentuk menjadi hafiz dan dalam masa yang sama kebajikan mereka terbela. Melalui pembiayaan percuma, para pelajar akan diberi pendidikan secara integrasi iaitu gabungan tahfiz, agama, dan sukatan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Pengambilan pelajar dibuka khas untuk anak-anak yatim yang benar-benar susah dan nakal. Pada mulanya kami ambil anak-anak berumur 10 tahun. Sekarang kami hanya ambil dari umur 13 tahun sahaja. Pelajar yang kami ada sekarang ialah tahun satu hingga lima. Umur enam hingga 12 tahun pula kami serapkan ke SRIP iaitu Sek Ren Islam Pintar. Maklumbalas yang kami terima dari orang ramai amat baik. Mungkin inilah hasil corak didikan di sini," katanya.

Maklumbalas yang diterima dari orang ramai amat menggalakkan. Hal ini mendorong Mohd. khairudin untuk membuka sebuah sekolah lagi bagi menempatkan anak-anak bukan dari golongan yatim. Lalu tertubuhlah SRIP dan Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF). Bagi kedua-dua sekolah ini, ibu bapa akan dikenakan bayaran tetapi kadar yang dikenakan bergantung kepada kemampuan mereka. "Projek ini juga projek kebajikan. Yang berada akan membayar macam biasa dan yang kurang mampu akan bayar kurang. Contohnya ada seorang ibu yang membayar RM30 sahaja untuk tiga anak dalam masa sebulan termasuk makan minum serta asrama penginapan," terang Mohd. Khairudin.

Kolej Islam Fuqaha pula dikhususkan untuk pengajian diploma. Seraya menambah penjelasannya, Mohd. Khairudin memberitahu kolej ini menggunakan sistem gabungan pendidikan universiti dan talaqqi menggunakan kitab-kitab lama. Setakat ini mereka mengambil 10 orang pelajar sahaja sebagai percubaan. Mereka belajar secara percuma.

Antara kriteria yang harus dimiliki oleh bakal pelajar ialah kelulusan SPM dengan tiga kredit dan minat yang mendalam untuk menjadi alim ulama. Kolej ini bekerjasama dengan sebuah lagi kolej di Terengganu yang mendapat pengiktirafan daripada universiti al-Azhar. Jumlah pelajar Maahad tahfiz hari ini mencecah 50 orang, SRIP dan IPTAF pula 120 orang.

Percaya kepada potensi yang dimiliki oleh setiap pelajar, Mohd. Khairudin mengulas, "Saya percaya setiap orang dilahirkan bijak. Anak-anak ini hanya perlu diberi latihan untuk membentuk mereka menjadi orang yang berjaya. Seumpama setitik air bila dititiskan atas batu pun boleh membentuk lekuk. Merekalah yang bakal menyambung risalah Darul Fuqaha dengan menjadi guru-guru di sini."

Sebagai perancangan jangka masa panjang, beliau sedang berusaha membeli 4 ekar tanah untuk dijadikan satu pusat ilmu yang merangkumi asrama anak yatim, maahad tahfiz anak yatim, pondok ilmu warga emas, pusat perlindungan ibu tunggal, dan pusat tarbiyah remaja.

Tapak tanah telah dikenalpasti terletak di Sg. Merab dengan harga RM1.3 juta. Mohd. Khairudin juga meluahkan hasrat peribadi agar dapat membeli tanah tersebut dengan menggunakan wang pendapatan dari keuntungan perniagaan, tanpa terlalu bergantung kepada sumbangan masyarakat dan meminjam daripada pihak bank.

"Pembelian akan dilakukan secara peringkat demi peringkat. Hasrat saya mahu menjadikan tapak itu sebagai sebuah perkampungan," katanya penuh harap.

-tamat-

penulis: Azlin Mohd. Hamin (majalah i)

...

semoga kisah ini menjadi motivasi kepada umat Islam.. kita perlu hidup untuk memberi.. dan untuk memberi, kita perlu 'ada' sesuatu... buatlah sekadar yang mampu. apa yang kita ada, itulah yang kita sumbang pada Islam.. (setiap manusia ada kepakarannya yang tersendiri).

...

salam posting pada kawan-kawanku..

...

moga dapat jadi insan pendidik yang ada ilmu, dan baik sahsiah...

"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (berdakwah)."
-Sayyid Abul A'la al-Maududi-


wallahua'lam

Sabtu, Oktober 31, 2009

::amalulillah::



-lirik-

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna

Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna

Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
Al-jihad, al-jihad, al-jihadusabiluna
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Asma amanina, asma amanina

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Allah. Allah. Allah Tuhan kami
Allah. Allah. Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami. Cita tertinggi kami

-hidup adalah perjuangan-






salam mujahidah...

Jumaat, Oktober 23, 2009

insan..lahir dan pergi....

bismillah..

sudah lama tidak update site ni. (seminggu je pun. memang niat asalnya, site ni akan di'update' setiap hari jumaat). Namun, bergantung juga pada keadaan tuan rumah ini.

....(mode penulisan kali ini: muhasabah)

alhamdulillah, bersyukur pada Allah Ta'ala kerana masih lagi memberikan kita nikmat Iman dan Islam. (nikmat-nikmat ini merupakan rahmat yang amat besar buat kita..).

....

subhaanallah, akhir-akhir ini mudah sangat mutiara jernih keluar dari mata ni, pantang dengar, lihat apa-apa saje milik-Nya di sekeliling ni.

tambahan lagi, kehadiran berita-berita pemergian insan-insan terpilih yang kembali kepada-Nya membuatkan diri ini menangisi jua pemergian itu. menangis bukan kerana mereka telah pergi..tetapi menangis mengenangkan nasib diri.. "aku ni macammana ye...?"..Allahuakbar... namun, kehidupan perlu diteruskan. Kita perlu teruskan hidup dengan mengikut aturan-Nya...

sesungguhnya pemergian itu bergilir-gilir..sebagaimana lahirnya kita ke dunia ini juga secara bergilir-gilir..

....

semoga perkongsian yang sedikit ini memberi makna buat kita semua..

Jumaat, Oktober 16, 2009

::DIA KEKASIH ALLAH::

DIA KEKASIH ALLAH

min-hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

...

(video-imeem)

http://www.imeem.com/maahadtahfizsains/music/P81WTi1a/hijaz-dia-kekasih-allah/

Ahad, Oktober 11, 2009

tangan Manusia......

bismillah..

BALA.. peingatan dari Allah SWT...


manusia merupakan makhluk yang dikurniakan akal yang cukup sempurna oleh Allah SWT berbanding dengan makhluk lain. kalau tengok makhluk Allah SWT yang lain mana ada akal. semut takda akal (kalau semut ada akal, mesti dah jerit minta tolong sebab nak kena pijak..), lembu takda akal, burung takda akal, ikan takda akal, kucing pun takda akal, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, bukit bukau, gunung-ganang..semua tidak dikurniakan akal oleh Allah SWT..namun, mereka tunduk pada Allah SWT..

inikan kita manusia, yang cukup sempurna untuk memikirkan bagaimana untuk hidup.. cukup sempurna untuk memikirkan keperluan dan kehendak diri.. masih lagi memberikan seribu satu alasan untuk patuh pada perintah Allah SWT. masih lagi nak membawa hukum lain selain dari hukum Allah..(tapi, ada ke yang nak cari bumi lain untuk hidup? setakat hari ni, rasanye belum ada yang mencari dunia lain untuk hidup..kita masih lagi memerlukan Allah SWT untuk memenuhi kehidupan kita diSIni.. kita masih lagi menggunakan udara dari Allah SWt..kita masih lagi makan makanan dari Allah.. kita masih lagi menggunakan nikmat Allah SWT..)

mafhum firman Allah SWT di dalam surah at-Tiin (ayat 4-8)

"4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
5. kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah,
6. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus.
7. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?"

Allah SWT telah menkhabarkan pada umat manusia, manusia akan berada pada tahap paling bawah apabila menyalahkgunakan nikmat Allah SWT..

pada hari ini, kita dapat lihat di merata tempat manusia yang terang-terang mengkufurkan nikmat Allah SWT. mereka menceroboh hak Allah tanpa mereka sedar mereka sedang menggunakan nikmat Allah SWT.. Allahuakbar, dimana imanmu wahai insan??

pada hari ini juga, berapa ramai yang membawa hukum baru atas dasar untuk menegakkan hak kemanusiaan. mereka berfikiran seolah-olah hak manusia itu milik manusia. kita perlu ingat bahawa manusia tidak ada hak keatas diri mereka. mereka hanya perlu menjaga hak Allah, hak Rasulullah. tetapi inilah hakikat yang berlaku pada hari ini..

sebenarnya tidak semua benda di dalam agama yang perlu kita persoalkan. Allah SWT dah kata, taatlah Allah dan taatlah Rasul dan pemerintah yang adil... namun, kenapa masih ada pihak yang cuba mempersoalkan hak-hak Allah..

persoalan ni takkan habis sehinggalah datangnya hari Kiamat.. (kerana di dalam al-quran sendiri pun telah menceritakan perihal umat terdahulu yang sentiasa mencari alasan dan hujjah untuk mencabar Allah SWT...)

dan secara fitrahnya, manusia akan tersedar dari kesilapan apabila Allah SWT menurunkan bala dan ujian..


p/s:

jangan sombong dengan Allah SWT..

penuhilah setiap detik kehidupan dengan ingatan pada-Nya..

hati yang dekat dengan Allah SWT, akan takut untuk kufur dan ingkar pada-Nya...(apabila tuntutan dan hak Allah kita penuhi, insyaAllah jasad yang bergerak adalah jasad yang akan hubungkan segala perbuatan, perlakuan diri hanya kerana Allah SWT dan Rasul-Nya..)

Ahad, Oktober 04, 2009

Tuntutan Halal dan kaitan dengan ekonomi UMMAH


::Tuntutan Halalan Toyyiban Boleh Memperkasa Ekonomi UMMAH::


sumber: Fellow IKIM

Halal adalah satu kata nama Bahasa Arab dimana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawamaksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak
dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan
ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut
paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang
kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan
ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan
dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.

Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam
al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan
minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini
dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah
al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157),
an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah;
toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok
atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia
memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib
ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah
di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl,
ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan
makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih
daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok
atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi
mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi
berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang
diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding
rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula
kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, persoalan halal haram dalam soal
makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini tidak
bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut lain. Ia sebenarnya
turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah.

Namun disebabkan minat utama manusia lebih kepada soal makan dan minum, maka keprihatinan kita tentang konsep halal ini juga lebih tertumpu kepada perkara
perkara tersebut.

Ditambah pula dengan sabda-sabda nabi s.a.w yang menyentuh tentang keutamaan yang
halal dan amaran-amaran baginda tentang akibat memakan makanan/rezeki yang haram,
maka kecenderungan ini dikira sebagai ada asas yang munasabah.

Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sahaja
yang berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang perlu dihindari oleh
manusia menerusi arahan-arahanNya yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis
rasulNya. Apa yang jelas, pematuhan kepada arahan-arahan ini - walaupun ada kalanya
arahan-arahan tadi tidak disukai oleh manusia - memberi kebaikan kepada umat manusia
dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini selain menjadi satu sebab musabbab
yang menghalang mereka daripada mendapat balasan buruk di akhirat kelak.

Keadaan ini juga terpakai untuk konsep “Halal” dan “Halalan Toyyiban” di mana ia
juga merupakan satu konsep yang perlu dipatuhi oleh umat Islam secara menyeluruh.
Dari pandangan hidup agama Islam, konsep ini boleh mendatangkan pelbagai kesan
positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ini tidak terkecuali sektor ekonomi di
mana kesan yang paling ketara dapat dilihat menerusi perkembangan pesat dalam industri makanan halal di serata dunia.

Tuntutan supaya rezeki yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal ialah untuk
memastikan keberkatan diperolehi dalam kehidupan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab
setiap orang dan masyarakat Muslim untuk memastikan tuntutan ini dipenuhi. Proses
penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula daripada penyediaan bahan mentah
hinggalah ia terhidang di atas meja sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu
sendiri.

Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletak dibahu penganut agama lain kerana mereka
sudah tentu tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban secara
sempurna. Jika mereka memahaminya sekalipun, dorongan mereka hanyalah kerana daya
keuntungan yang bersifat keduniaan yang ada pada konsep tersebut yang diraih
menerusi saiz pasaran dan permintaan daripada pengguna Islam di seluruh dunia.

Fakta inilah juga yang menjelaskan kenapa pengeluar-pengeluar bukan Muslim di negara
kita menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara. Ini adalah suatu
paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia
pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta
adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran
makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.

Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan
merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebalik jika kita amati dengan
mendalam seruan agama Islam supaya umatnya berkerja sendiri dan terlibat dalam
bidang keusahawanan, ia sebenarnya ada kaitan dengan ikhtiar membina kekuatan
ekonomi umat Islam dan menggurangkan pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan Islam.

Sebagaimana yang kita tahu juga, salah satu matlamat Shariah selain menjaga agama,
nyawa, akal dan keturunan ialah menjaga dan memperkasakan harta yakni kekuatan
ekonomi. Apabila ramai umat Islam bekerja sendiri maka banyak perniagaan,
perusahaan dan industri akan wujud. Bila ini berlaku, perkembangan teknologi akan
bertambah pesat dan penciptaan baru akan berlaku bagi memenuhi keperluan pelanggan
Muslim. Dan apabila umat Islam terlibat secara giat dalam sektor perniagaan dan
perusahaan, kuasa ekonomi akan berada di tangan umat Islam.

Tidak seperti sekarang, kegagalan kita untuk terlibat secara giat dalam bidang
perniagaan dan industri menyebabkan umat Islam terpaksa bergantung secara berterusan
kepada barangan yang dikeluarkan oleh masyarakat bukan Islam.

Akan tetapi jika semangat berusaha sendiri dan semangat ingin mencari kebaikan
sejati menerusi amalan halalan thoyyiban wujud di kalangan masyarakat Islam sejak
dari dahulu lagi, masalah ini tentu akan wujud. Malangnya inilah hakikat yang kita
perlu terima, lembu punya susu, sapi dapat nama.

Sesungguhnya kekuatan ekonomi atau kekayaan yang dijana menerusi hasil usaha yang
halal merupakan satu unsur yang diperlukan oleh setiap orang Islam bagi
membolehkannya menjalani satu kehidupan yang sempurna lagi diberkati. Satu kehidupan
yang sempurna lagi barakah yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terhad dari sudut
kemampuannya memenuhi keperluan diri dan keluarganya; bahkan dia berkeupayaan untuk
menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan juga negara.

Ajaran agama Islam menegaskan bahawa sesuatu yang berkat dapat memberi kebaikan
kepada banyak pihak dan ia dapat dinikmati untuk satu tempoh yang lama. Justeru
ikhtiar dan usaha untuk mencari rezeki halal dan seterusnya membentuk satu kekuatan
ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan negara wajib dijadikan sebagai sebagai
salah satu dasar kehidupan yang perlu dicapai oleh setiap umat dan pemerintah negara
Islam.

Sebenarnya jika kita memperhalusi hikmah di sebalik tuntutan agama Islam supaya
penganutnya memperlengkapkan diri dengan kekuatan ekonomi kita akan dapati ia ada
kaitan rapat dengan unsur paling atas di dalam susunan maslahah daruriyyat iaitu
untuk menjaga kesucian agama Islam dan keimanan individu.

Rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji tidak dapat disempurnakan oleh seseorang
individu sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan ekonomi. Begitu juga dengan ibadat
ibadat yang digalakkan oleh agama Islam seperti wakaf, sedekah mahupun hadiah.
Kesemuanya tidak terhasil tanpa kewujudan kemampuan kewangan sipelakunya.

Kekuatan ekonomi dan keutuhan status kewangan adalah penawar kepada masalah
kemiskinan dan kesan-kesan buruknya. Lukman Al-Hakim pernah menasihati anaknya
supaya menutup pintu kemiskinan dengan berusaha mencari rezeki yang halal. Menurut
beliau kemiskinan boleh menghasilkan tiga (3) tabiat yang tidak elok iaitu kecuaian
dalam menjalankan perintah agama, kelemahan daya pemikiran dan hilang maruah diri.

Oleh yang demikian bagi merangsang minat umat Islam supaya terlibat di dalam bidang
keusahawanan atau perniagaan, nabi s.a.w telah menegaskan bahawa sesiapa di kalangan
umatnya yang menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi secara jujur dan amanah maka
kedudukannya adalah setaraf dengan para nabi, siddiqin, syuhada’dan solihin di
akhirat kelak.

Apa yang paling penting, sejajar dengan peredaran zaman, kekuatan ekonomi di
peringkat ummah dan negara memungkinkan kawalan politik, ketenteraan dan pengaruh
fahaman (ideologi). Hal ini amat jelas sekali jika kita perhatikan kepada sejarah
penguasaan ekonomi oleh negara maju ke atas negara-negara membangun dan mundur
menerusi sistem kapitalisme yang mereka amalkan. Apa yang paling mendukacitakan
kelemahan dalam bidang ekonomi menyebabkan banyak negara Islam terpaksa tunduk patuh
kepada kuasa-kuasa besar dunia. Justeru sabda nabi s.a.w bahawa kemiskinan itu boleh
membawa kepada kekufuran dilihat sebagai satu peringatan bahawa kelemahan dalam
bidang ekonomi bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam.



"sesungguhnya terlalu banyak ilmu di dalam Islam. Ada yang fardhu ain (wajib atas semua manusia tahu) dan ada ilmu fardhu kifayah (akan terlepas dari individu sekiranya telah ada yang mempelajarinya di dalam sesuatu tempat yang didiami). Allah SWT Maha Tahu akan kemampuan dan keupayaan hamba-Nya."

note For My Muslim Friends::

"jangan bermalas-malasan untuk belajar dan beramal dengan ilmu yang kita dapat..

"belajar bukan semata-mata untuk kerjaya saje..

"kita ni kena juga ambil tahu hal-hal ummah ni..

"jangan cepat menghukum pada benda yang tak pasti..

"elak dari sifat-sifat sombong dan mazmumah.. Nabi SAW itu qudwah buat kita...

::sesungguhnya tazkir ini untuk kita semua. mafhum hadis-"Addinun Nasihah. liman?? lillah, walirasuulihi, wali-a-immatil muslimin wa'ammatihim...".. sesunguhhnya agama itu nasihat.."pada siapa? nasihat itu untuk Allah, Rasul, Pemimpin Muslim dan umat keseluruhannya...

wallahua'lam